Jun 18, 2009

PETUA ANAK PINTAR

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2
kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru
kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu
kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan
berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan
kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita
akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada
kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba....

Jun 16, 2009

Makan karipap

Hmmmmmmmm, seperti biasa. Pagi ni mai kerja buat kerja2 yg biasa. Kalau aku kaya memang aku dah berenti kerja sb bagi aku dok di rumah menjaga anak2 adalah lebih adventure drpd kerja aku.......

Inilah anak2 aku yang cantik manis dan suci bersih.

Kadang2 penat melayan kerenah anak2, tapi xpe itukan anak2 kita. Apa yg kita rasa sekarang sama la cam apa yg mak pak kita rasa masa besarkan kita. Kalau siapa2 tahu atau ada kerja yg boleh dibuat dari rumah, silalah offer pada aku. Apa kaitan semua ini dgn karipap, xde apa2 cuma pagi tadi aku makan karipap 3 biji itu je :D...... Sedap wo karipap tu kalau x caya boleh tanya jue kawan aku....

ini gambar aku ngan jue (yg cantik tu jue, yg comey tu memang confirm la aku... Btw xyah nak ngorat dia, sb mmg confirm dah ada suami n anak yer)